Peniaga dituduh lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak - Utusan Malaysia

Peniaga dituduh lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak

TALIB Ali (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga kedai runcit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan, minggu lalu.

Tertuduh, Talib Ali, 69, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak berusia sembilan tahun di sebuah kedai di daerah ini.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada 31 Disember 2022 kira-kira pukul 5 petang.

Warga emas berkenaan didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya