Pencen arwah suami RM233,480 lesap diperdaya Macau Scam

Pencen arwah suami RM233,480 lesap diperdaya Macau Scam

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang guru wanita di Maran, dekat sini berputih mata menanggung kerugian RM233,480 wang ganjaran pencen arwah suaminya akibat terpedaya dengan sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam kejadian pada 13 Januari lalu itu, mangsa yang berusia 55 tahun menerima panggilan telefon daripada individu menyamar sebagai pihak syarikat penghantaran barang sebelum disambungkan kepada ‘pegawai polis’.

“Mangsa didakwa terlibat dalam pengedaran barang-barang terlarang dan kes pengubahan wang haram. Tanpa berfikir panjang, mangsa mendedahkan maklumat perbankan miliknya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Ramli, mangsa mula sedar ditipu setelah 16 transaksi ke akaun lain yang belum dikenal pasti dibuat.

“Jangan takut atau cemas apabila dihubungi atau didakwa terlibat dengan apa-apa jenayah oleh panggilan telefon yang mendakwa sebagai pihak berkuasa. Pihak penguat kuasa tidak menjalankan apa-apa siasatan melalui panggilan telefon. Sentiasa semak dengan balai polis, pihak bank atau pejabat berkaitan yang berhampiran untuk pengesahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya