Pemilik, pengarah syarikat ditahan kes tuntuan palsu RM20.3 juta

Pemilik, pengarah syarikat ditahan kes tuntuan palsu RM20.3 juta

SPRM menahan tiga individu termasuk seorang pensyarah wanita untuk disiasat berkaitan tuntutan palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Dua lelaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini selepas disyaki terlibat membuat tuntutan palsu berjumlah RM20.3 juta, kira-kira tujuh tahun lalu.

Sumber memaklumkan, kedua-dua mereka terdiri daripada pengarah dan pemilik dua syarikat berbeza yang masing-masing berusia 51 dan 52 tahun.

“Tangkapan pertama melibatkan pengarah syarikat dibuat di Pejabat SPRM Kedah kira-kira pukul 1 tengah hari tadi. Manakala pemilik syarikat itu pula ditangkap di kawasan rehat dan rawat (R&R) Simpang Renggam, Johor kira-kira pukul 3 petang tadi.

“Penahanan mereka bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan insentif pembayaran penternakan lembu tenusu di bawah projek permulaan (EPP) 13 Kluster Tenusu, Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) bernilai RM20.3 juta,” katanya.

Kata sumber, beberapa syarikat disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan palsu berkaitan insentif pembayaran projek tersebut kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada tahun 2015 walaupun tiada pembekalan dibuat.

Tambahnya, kedua-dua suspek akan direman di Mahkamah Alor Setar, pagi esok bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18, Akta SPRM 2009.

“Ketika ini SPRM sedang giat mengesan saksi dan mengambil keterangan individu dipercayai terlibat. Siasatan juga diteruskan bagi mengesan individu lain yang mungkin terlibat dalam kes terbabit,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.