Pembeli rumah PR1MA boleh dapat pembiayaan penuh, tak perlu wang pendahuluan

Pembeli rumah PR1MA boleh dapat pembiayaan penuh, tak perlu wang pendahuluan

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembeli rumah melalui Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 110 peratus merangkumi pembiayaan perumahan, kos guaman dan takaful.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Co-opbank Pertama (CBP), Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, pembiayaan itu hasil kerjasama CBP dan PR1MA, menerusi Skim CBP MyPR1MA bagi membantu golongan pertengahan memiliki kediaman impian mereka di seluruh negara.

Katanya, skim ini membolehkan pembeli rumah membeli kediaman masing-masing tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

“Ia selari dengan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat di negara ini memiliki kediaman sendiri,” katanya di sini, semalam.

Katanya, menerusi Skim CBP MyPR1MA, para pembeli rumah PR1MA boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 110 peratus.

“Ini termasuk pembiayaan perumahan serta perlindungan takaful dan takaful kebakaran. Kadar keuntungan yang ditawarkan juga adalah sangat kompetitif sama seperti institusi kewangan lain di pasaran.

“Antara kelebihan jika orang ramai mendapatkan pembiayaan di CBP adalah pembiayaan sehingga 110 peratus yang dapat memberi perlindungan risiko komprehensif yang amat bermanfaat terutama kepada pembeli rumah yang pertama,” katanya.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata CBP turut menawarkan pelbagai pembiayaan perumahan termasuklah Pembiayaan Al-Amali (rumah dan lot kedai), Pembiayaan Ar- Rahah (pembiayaan tanah) dan juga CBP Rumah Pertamaku.

“Prestasi perniagaan pada tahun 2022 telah menunjukkan prestasi yang sangat baik dengan kedudukan aset CBP kini telah melebihi RM7 billion yang merupakan tertinggi dalam sejarah penubuhannya.

“CBP juga sedang membuka langganan syer anggota bagi tambahan syer serta anggota baharu di seluruh cawangan CBP.

“Orang ramai yang ingin mendapatkan pembiayaan perumahan dan produk serta perkhidmatan perbankan lain, boleh layari www.cbp.com.my atau kunjungi 29 cawangan CBP di seluruh negara,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya