Pelantikan Pengerusi Felcra akan diselaraskan dengan lantikan lain - Utusan Malaysia

Pelantikan Pengerusi Felcra akan diselaraskan dengan lantikan lain

AHMAD Zahid Hamidi ketika taklimat pembangunan Felcra Berhad di Wisma Felcra, Kuala Lumpur. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelantikan bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi Felcra ditangguhkan dan akan diselaraskan bersama pelantikan lain-lain agensi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan bagi Pengerusi Felcra sudahpun diumumkan tetapi ia akan ditangguhkan bagi membolehkan penyelarasan lantikan di semua badan berkanun, syarikat berkaitan agensi (GLC) serta agensi lain.

“Pelantikan Pengerusi Felcra ini akan kita selarikan dengan pelantikan lain-lain agensi,” katanya ringkas dalam satu sidang akhbar di auditorium Wisma Felcra dekat sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengumumkan bekas Ahli Parlimen Machang itu akan dilantik semula sebagai Pengerusi Felcra.

Pengumuman itu dibuat dua hari selepas kerajaan memutuskan untuk menamatkan kontrak semua pengerusi dan ahli lembaga yang dibuat melalui lantikan politik dalam firma dan badan berkaitan kerajaan.

Ahmad Jazlan dilantik semula sebagai Pengerusi Felcra selepas mengambil kira kehendak perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Berhad.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan mengenai perkembangan laporan audit negara yang sudah diteliti buat masa kini didapati tidak banyak ketirisan yang telah berlaku.

“Kami ahli-ahli jemaah menteri telah meneliti laporan audit itu.

“Saya telah memberitahu mesyuarat pengurusan tertinggi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) semalam, kita mesti mengambil langkah-langkah segera untuk mengatasi  dapatan-dapatan kajian audit itu yang memfokuskan jika ada berlaku  ketirisan, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa atau sebarang perkara yang melibat berkaitan kewangan dan juga pengurusan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, perkara-perkara yang berkait dengan aktiviti kewangan dan pengurusan perlu ada tumpuan dan tindakan segera daripada pihak pengurusan tertinggi.

Beliau sebelum itu menghadiri sesi taklimat Felcra Berhad oleh Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Mat Roni Zakaria. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya