Pelancong China; Pulau Pinang sedia laksana protokol ditetapkan KKM - Utusan Malaysia

Pelancong China; Pulau Pinang sedia laksana protokol ditetapkan KKM

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pulau Pinang bersedia melaksanakan protokol-protokol yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat dan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung kemasukan pelancong dari China ke negeri itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, setakat ini tiada penerbangan terus dari China ke Pulau Pinang memandangkan ia telah dihentikan sejak pandemik Covid-19 melanda.

”Semua tertakluk kepada perintah daripada Kerajaan Pusat dan KKM, sekiranya ada apa-apa protokol yang perlu dipatuhi kita akan patuh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Kon Yeow menghadiri majlis pelancaran video Pusat Pelancongan Perubatan Pulau Pinang (P. MED) dan majlis menandatangani kerjasama Protokol Pelancongan Perubatan dengan PT Citilink Indonesia.

Sebelum ini, China dilaporkan akan membuka semula sempadannya pada 8 Januari ini selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik Covid-19.

Susulan itu, KKM melaksanakan ujian air kumbahan pesawat dari China bagi memperkukuhkan pengawasan di pintu masuk antarabangsa (PMA) dalam mengekang penularan wabak itu.

Dalam perkembangan sama, Kon Yeow berkata, situasi terkini jangkitan Covid-19 di Pulau Pinang pada masa ini berada dalam trend menurun.

”Laporan harian yang kita terima dalam beberapa minggu ini menunjukkan purata kes harian di Pulau Pinang adalah sekitar 40 hingga 50 kes,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.