Pekebun getah terus terbeban, harga baja naik 90 peratus

Pekebun getah terus terbeban, harga baja naik 90 peratus

MASIUNG Banah (tiga kiri) semasa mengadakan lawatan tapak projek komersial Pekan Baharu di Tongod semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kementerian Perladangan dan Komoditi perlu segera meningkatkan harga lantai getah antara RM3.50 hingga RM4 sekilogram.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, jika harga bahan komoditi itu tidak distabilkan, pekebun getah di negara ini akan terus dibebani dengan kemiskinan.

Maka, kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim harus segera menangani isu yang menjadi denyut nadi pekebun getah ini.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan (LPPB) itu berkata, pada masa ini, pekebun kecil getah bukan hanya dibebani dengan kenaikan harga racun rumpai sehingga melebihi 100 peratus tetapi juga, turut terbeban dengan harga cuka getah dan baja yang naik sehingga 90 peratus.

“Kejatuhan nilai komoditi itu mengalami penyusutan harga paling rendah dalam sejarah negara sejak lebih 20 tahun ini.

“Pasaran getah sekarang kekal dengan harga lantai RM2.50 sekilogram dan ia sama dengan harga sekilo garam.

“Harga lantai getah ini tidak pernah disemak sejak lapan tahun lalu,” katanya selepas mengadakan lawatan tapak projek komersial Pekan Baharu Tongod semalam.

Masiung berkata, sebagai wakil rakyat beliau bersimpati dengan golongan pekebun kecil getah khususnya di Sabah yang semakin tersepit dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Mengulas lanjut katanya, sudah berapa kali kerajaan bertukar namun, kementerian yang sama tidak pernah menyemak dan menaikkan harga lantai komoditi getah.

Justeru, beliau mengesa Kementerian Perladangan dan Komoditi supaya mengambil berat tentang prestasi harga komoditi yang semakin merundum itu, apatah lagi, getah adalah eksport ke enam terbesar negara. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya