'Payung Rahmah' bantu B40

‘Payung Rahmah’ bantu B40

SALAHUDDIN Ayub (tengha) melihat pelan Teknologi Pertanian Bersih MyLESTARI di KPDN Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal mewujudkan program Kasih Sayang atau Payung Rahmah untuk keluarga miskin iaitu antara inisiatif baharu demi meringankan beban golongan B40 itu.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, inisiatif itu turut meliputi Bakul Rahmah, Jualan Rahmah, Kafe Rahmah dan Pakej Rahmah yang akan diancarkan esok dengan mendapat kerjasama pelbagai rakan strategik KPDN.

“Kita selepas ini akan berunding lagi dengan beberapa pihak yang berminat dan lancar satu-persatu di seluruh negara dalam masa 100 hari saya berada di KPDN dalam usaha membasmi kelompok miskin tegar,” kata beliau dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KPDN serta menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 di sini hari ini.

Berdasarkan data terbaharu yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia, setakat akhir tahun lalu dianggarkan terdapat kira-kira 130,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar.

Kelompok berkenaan ujarnya, banyak bergantung kepada kerajaan dan KPDN terlibat secara langsung terutama dalam penetapan harga kawalan pelbagai barang yang bersubsidi.

KPDN turut memperkenalkan Rezeki Suri dan Aduan Suri bagi membantu golongan suri rumah mudah menjana pendapatan dan mengemukakan aduan terus kepada pihak KPDN.

Selain itu tambah beliau, Tabung Amanah Pembangunan Peruncitan Bumiputera juga akan dilancarkan untuk penambahbaikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam pasar raya.

Salahuddin turut mengumumkan beberapa tawaran menarik berkuat kuasa serta merta bagi orang awam yang berurusan dengan KPDN dan semua agensinya di seluruh negara antaranya akuan penerimaan aduan lengkap daripada satu hari bekerja kepada dua jam sahaja selain maklum balasnya dalam masa hanya 14 hari berbanding 21 hari bekerja.

Juga kelulusan pendaftaran aktiviti perniagaan syarikat menerusi sistem MySafe daripada empat hari bekerja kepada tiga hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima.

“Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut menawarkan pengurangan kompaun hingga 90 peratus daripada nilai asal bagi kesalahan lazim atau berstatus bubar,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.