UMNO Sabah perlu akur keputusan parti

PAU 2022: UMNO Sabah perlu akur keputusan parti

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Meskipun kemelut politik Sabah belum berakhir, namun diingatkan supaya pimpinan UMNO negeri itu terus akur pada setiap keputusan parti.

Menjelaskan perkara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO MKT), Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkata, beliau yakin perkara itu akan diselesaikan secara tuntas dengan mengambil kira pelbagai aspek selaras dengan keadaan politik yang berlaku di negeri itu.

“Krisis politik memang tak boleh selesai walaupun di Sabah ini sudah tenang, tetapi pergolakan dia masih belum selesai sebab pembentukan kerajaan di peringkat awal adakah dari UMNO dan Perikatan Nasional. ini juga menjadi satu persoalan. tak mengapalah. Orang main politik, kita pun main politik.

“Saya meminta ahli-ahli UMNO di Sabah supaya kita ikut keputusan parti iaitu mendengar apa jua yang telah dinyatakan presiden parti untuk kita bertenang sebab setiap satu persoalan itu akan ada jawapannya,” katanya selepas ucapan dasar Presiden bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, ketika ditanya mengenai nasib lima orang yang menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor, Bung berkata, ia turut akan ditentukan kepimpinan parti.

“Ia akan ditentukan oleh parti apa yang boleh parti lakukan untuk kelima-lima yang bertindak di luar jangka itu.

“(Sudah diusulkan kepada Lembaga Disiplin?) ‘Kita belum sebab kita ada proses-proses tertentu yang kita perlu ikuti,” ujarnya lagi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.