PAU 2022: ‘Pengkhianatan diatur orang kita sendiri’ - Utusan Malaysia

PAU 2022: ‘Pengkhianatan diatur orang kita sendiri’

AHMAD Zahid Hamidi berucap pada Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penolakan Perikatan Nasional (PN) dan pengkhianatan yang diatur ahli UMNO sendiri menjadi antara punca parti itu bersetuju membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penolakan PN itu disebabkan gabungan itu mendakwa mereka sudah mempunyai jumlah Akuan Bersumpah (SD) yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

“Rupa-rupanya SD ini termasuk 10 daripada wakil Barisan Nasional (BN) yang telah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tanpa merujuk kepada parti.

“Ini juga menjadi faktor kenapa kita tidak boleh bersama PN. Belum pun subuh, pengkhianatan telah dibuat terhadap parti kita. Lebih menyedihkan, ia diatur oleh orang kita sendiri. Sedangkan kita telah ada dokumen perjanjian dan SD serta akujanji, kerusi yang dimenangi adalah hak mutlak parti.

“Atas sebab itu, kita berbincang dan bersetuju, untuk membentuk kerajaan bersama PH dengan rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2022, pagi ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya