Kerajaan tubuh sekretariat kaji semua manifesto

PAU 2022 : Kerajaan tubuh sekretariat kaji semua manifesto

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menubuhkan sekretariat bagi mengkaji semua manifesto parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bagi mencari titik persefahaman dan rasa kebersamaan bagi menterjemahkan janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat. 

“Melalui Pelan Amal dan Usaha (PADU) yang ditawarkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-5), kita memberikan aku janji kepada rakyat.  Soal kos sara hidup, pendidikan, pembangunan institusi dan pendidikan Islam,  peluang ekonomi, alam sekitar, peluang pekerjaan adalah antara yang menjadi tawaran kita.  Begitu juga dengan parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan,  turut mempunyai tawaran-tawaran kepada rakyat yang ada antaranya dengan manifesto kita.

“Paling ketara,  semua parti menyentuh tentang soal kos sara hidup yang pada dasarnya boleh dilaksanakan. Ia merupakan manifestasi bersama kesemua parti dalam Kerajaan Perpaduan. Kita berharap usaha penterjemahan manifestasi kesemua agenda pembelaan rakyat, akan dapat dilaksanakan dengan segera.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga melantik saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan dan Pelaksanaan Kos Sara Hidup untuk kesejahteraan rakyat, di samping Perdana Menteri sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Kos Sara Hidup di peringkat induk,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2022, hari ini. 

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga bersetuju menubuhkan sebuah sekretariat bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat parti. 

Katanya, ia bagi menjamin kelangsungan Kerajaan Perpaduan yang sudah disepakati. 

“Melalui sekretariat ini, kita akan membincangkan dari semasa ke semasa, perjalanan kerajaan, di samping membincangkan langkah-langkah ke hadapan, termasuk dalam soal kerjasama politik,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya