PAU 2022: Ahmad Zahid serah pada perwakilan isu pemilihan parti - Utusan Malaysia

PAU 2022: Ahmad Zahid serah pada perwakilan isu pemilihan parti

AHMAD Zahid Hamidi sedia dicabar dalam pemilihan parti. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan sepenuhnya kepada perwakilan bagi menentukan kewajaran untuk dua jawatan tertinggi utama parti itu dipertandingkan atau sebaliknya.

Ahmad Zahid sebagai seorang pemimpin yang terbuka menjelaskan, beliau mengambil kira pandangan semua pihak dan akan akur kepada keputusan yang akan ditetapkan.

“Tambahan pula pemilihan parti semakin hampir. Termasuklah, saya mendengar lontaran-lontaran pandangan yang menyentuh soal pemilihan parti khususnya jawatan utama Presiden dan Timbalan Presiden.

“Ada yang mahu kedua-dua jawatan ini tidak dipertanding dan tidak kurang juga mahu ia dipertanding. Sebagai seorang demokrat, saya serahkan kepada para perwakilan untuk menentukannya.

“Namun, saya yakin ahli-ahli UMNO boleh menilai yang mana kaca yang mana permata,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara jelas memberikan isyarat bahawa beliau akan bertanding mencabar kedudukan Ahmad Zahid sebagai Presiden dalam pemilihan parti itu.

Kenyataan tersebut sedikit berbeza berbanding sebelum ini yang seakan-akan berselindung apabila ditanya mengenai kemungkinan bertanding bagi jawatan nombor satu parti itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya