Pas yakin menang 45-0 di Kelantan

Pas yakin menang 45-0 di Kelantan

MOHD Amar Nik Abdullah (kiri) menyampaikan cek sumbangan kepada wakil Masjid Al-Alaq di Kampung Pak Kemek, Panji, Kelantan. - UTUSAN/ ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas yakin mampu melakar kemenangan 45-0 dengan menawan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada pilihan raya negeri (PRN), tidak lama lagi.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada kejayaan Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan simbol bulan sehingga menang semua 14 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Sasaran kita pada PRN nanti adalah memenangi semua 45 kerusi dan kita rasa ia dalam pencapaian.

“Ini boleh dilihat pada PRU15, kalau kita kata keyakinan sehingga 90 peratus pun boleh kerana berdasarkan undi sebelum ini,” katanya selepas Majlis Penyampaian Cek Sumbangan kepada Masjid Al-Alaq dan Perasmian Rumah Dhuafa’ di Kampung Pak Kemek, Panji di sini, semalam.

Mohd. Amar berkata, Pas sudah bersedia berdepan PRN dengan meletakkan calon terbaik yang menjadi pilihan pengundi tempatan selain membawa dasar kepemimpinan parti berasaskan Islam.

“Insya-Allah kita harap Pas boleh menang keseluruhan kerusi pada PRN sepertimana keputusan PRU15 supaya terus dapat mentadbir Kelantan dengan cara terbaik,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya