Pas Selangor tidak jaja budaya ekstrimisme - Utusan Malaysia

Pas Selangor tidak jaja budaya ekstrimisme

Pas ekstrimisme
AHMAD YUNUS HAIRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pas Selangor mendakwa partinya tidak pernah membawa budaya ekstrimisme yang bertentangan agama malah membanteras politik perkauman sempit di negeri ini.

Malah, jentera pilihan rayanya dikatakan sentiasa mematuhi peraturan dan tiada ahli disiasat atau didakwa atas sebarang kesalahan berkaitan sabotaj dan mencetuskan ketegangan.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi menegaskan parti itu mendukung budaya politik matang sejak era 50-an dengan menghormati hak dan perbezaan kaum dan agama.

“Pas pernah berada dalam kerajaan Selangor dari 2008 hingga 2018 dan rekod membuktikan bahawa semua lantikan parti berkhidmat dengan bersih serta cemerlang. 

“Sepanjang tempoh itu, tiada seorang wakil parti kami didakwa di mahkamah atas pertuduhan rasuah atau jenayah lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Ahmad Yunus, pihaknya akan sentiasa memastikan semua ahli parti taat setia kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Selain itu, kami memelihara keamanan dan menghormati budaya, adat dan agama kaum lain di negeri ini. Undang-undang dan peraturan dalam menjalankan setiap aktiviti itu juga turut sentiasa dipatuhi,” ujarnya.

Tambah beliau, Pas sentiasa menjunjung amalan dan proses demokrasi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 kelak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.