Pas belum terima jemputan PH runding PRN serentak

Pas belum terima jemputan PH runding PRN serentak

MOHD. Amar Nik Abdullah semasa sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis PBT Negeri di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas belum menerima jemputan daripada Pakatan Harapan (PH) bagi membincangkan keputusan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, cadangan itu hanya diusulkan oleh PH semasa pertemuan yang dibuat oleh mereka sahaja.

“Dalam konteks ini, Pas serah kepada parti untuk membuat keputusan.

“Pucuk pimpinan parti juga akan mengadakan perbincangan tidak lama lagi bagi menentukan  tarikh PRN yang sesuai,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan 2023 di sini, hari ini.

Utusan Online pada 21 Januari lalu melaporkan, Pas akan membuat keputusan sendiri bilakah tarikh yang dilihat sesuai bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus memberi laluan kepada PRN di tiga buah negeri ditadbir parti itu ketika ini iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perbincangan akan dibuat di peringkat parti itu terlebih dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek sebelum tarikh sesuai dapat ditetapkan.

“Kami akan berbincang antara kami sendiri, terpulang kepada kami sama ada mereka (Pakatan Harapan) mahu ikut ataupun tidak. Selama ini banyak mereka ikut kami, kami buat kenyataan sebelum ini tidak ikut Parlimen (Pilihan Raya Umum Ke-15) mereka ikut juga.

“Saya tidak tahu, terpulang kepada mereka. Kami ada keputusan kami sendiri, akan dibincang dalam mesyuarat akan datang, insya-Allah untuk menentukan PRN.

“Kami akan bincang sesama kami dahulu, itu yang penting. Kami sedang mengkaji kesan-kesan kepada pengundi, pengundi luar, mahasiswa, pengundi muda, orang cuti balik hari raya, itu semua perlu dikaji,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya