Paip air putus, penduduk alami gangguan bekalan selama seminggu - Utusan Malaysia

Paip air putus, penduduk alami gangguan bekalan selama seminggu

KEADAAN paip air yang putus selepas dilanggar tongkang di Jambatan Paka, Dungun, Terengganu, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Penduduk di sekitar bandar Paka, Ketengah Jaya, Felda Kerteh 2 dan 3 di sini dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selama seminggu, bermula petang tadi.

Syarikat Air Terengganu (Satu) dalam kenyataannya malam ini berkata, ia susulan insiden dua batang paip berukuran 700 millimeter di Jambatan Paka yang menyalurkan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Bauk ke Paka terputus ketika proses pembaikian struktur sokongan paip tersebut.

“Satu mengambil tindakan segera mengurangkan impak gangguan bekalan dengan membekalkan air ke bandar Paka dari LRA Kemudi.

“Keperluan bekalan air di kawasan Ketengah Jaya, Felda Kerteh 2 dan 3 akan menggunakan lori tangki,” kata kenyataan itu.

Difahamkan sebanyak 2,500 akuan pengguna di kawasan tersebut akan terjejas berikutan paip air di Jambatan Paka terputus selepas dilanggar tongkang, petang tadi.

Menurut kenyataan tersebut, kerja pembaikian paip tersebut akan mengambil masa selama tujuh hari.

Bantuan alternatif menerusi lori tangki dan tangki statik turut digerakkan ke kawasan terlibat termasuk premis kritikal.

Pengguna yang ingin mendapatkan bantuan bekalan boleh menghubungi talian 1300-88-2111. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya