Op Selamat fokus kelancaran lalu lintas, minimum kemalangan

Op Selamat fokus kelancaran lalu lintas, minimum kemalangan

MAT KASIM KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan pelaksanaan Op Selamat dalam tempoh 10 tahun telah memfokuskan kelancaran lalu lintas, meminimumkan kes kemalangan dan mendidik pengguna jalan raya agar lebih berhemah.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT), Datuk Seri Mat Kassim Karim berkata, sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 22 dan 23 Januari ini, pelaksanaan Op Selamat akan dilancarkan di seluruh negara bermula 18 Januari lalu sehingga 27 Januari ini.

Kata beliau, sepanjang operasi itu, Op Lancar turut akan dilaksanakan di kawasan-kawasan hotspot yang dijangka berlaku kesesakan aliran lalu lintas akibat pergerakan orang ramai untuk pulang ke kampung dan kembali semula selepas tamat musim perayaan nanti.

“Petugas PDRM akan ditempatkan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti bagi tujuan bantuan dan keselamatan pengguna.

“Seluruh jentera PDRM di lapangan melibatkan anggota-anggota balai dan elemen kereta peronda (MPV), unit rondaan bermotosikal (URB) serta rondaan bit, akan diatur gerak secara holistik dan sistematik bagi mengurangkan beban kesesakan trafik di lebuh raya, jalan-jalan negeri serta perbandaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pengguna jalan raya diminta memainkan peranan sebagai pengguna yang berhemah dan mematuhi segala peraturan lalu lintas dengan tidak memotong barisan, menyalah guna lorong kecemasan atau meletak  kenderaan sehingga menghalang laluan.

“Kerjasama orang ramai sepanjang tempoh operasi ini diperlukan bagi memastikan keselesaan buat pengguna jalan raya dan memastikan kelancaran aliran trafik,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.