Op Selamat 19: Polis tahan 16 individu terlibat dadah

Op Selamat 19: Polis tahan 16 individu terlibat dadah

ANGGOTA polis memeriksa kereta yang dinaiki suspek selepas ditahan menerusi Op Selamat di Machang, Kelantan. - FOTO/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Polis menahan 16 individu terlibat dengan dadah menerusi Op Selamat 19 di daerah ini bermula 18 Januari lalu hingga kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, daripada jumlah tersebut 10 ditahan mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas didapati positif dadah.

“Empat lagi di siasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dua bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Pada masa yang sama, kita turut menangkap dua suspek berkait jenayah dan kes disiasat bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan serta Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Adli memberitahu, sebanyak 177 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, lain-lain kesalahan merekodkan jumlah saman tertinggi iaitu 106 diikuti oleh tidak mematuhi lampu isyarat (39), tidak memakai tali pinggang keledar (12), mengguna alat komunikasi (9), memotong garisan berkembar (enam) dan tidak memakai topi keledar (lima).

“Saya juga menasihatkan semua pengguna jalan raya memandu dengan berhati-hati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.