Op Selamat 19: Kes kemalangan meningkat ke 1,649 

Op Selamat 19: Kes kemalangan meningkat ke 1,649 

MAT KASIM KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah kemalangan meningkat sebanyak 1,649 kes direkodkan pada hari ketujuh Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina di seluruh negara hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, statistik kemalangan itu membabitkan 2,002 kenderaan terbabit.

“Berdasarkan statistik jumlah mengikut kenderaan terbabit dalam kemalangan jalan raya mencatatkan 1,492 kereta, kenderaan pacuan empat roda (269), motosikal (168), van (30), lori (28), bas (11), teksi (tiga) dan basikal (satu),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada Isnin media melaporkan Polis Diraja Malaysia menerusi JSPT menggunakan pendekatan advokasi dan kempen keselamatan jalan raya dalam usaha meminimumkan kadar kemalangan jalan raya dan meningkatkan kawalan pencegahan jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan.

Inisiatif yang dilaksanakan adalah langkah pencegahan kemalangan jalan raya, memberi penekanan berkenaan keselamatan di jalan raya di samping mendidik pengguna mengamalkan sikap pemanduan berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.