PETALING JAYA: Jenama kerusi urut, OGAWA menawarkan tujuh hadiah percuma kepada pelanggan yang membeli kerusi urut OGAWA terpilih sempena sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) 2023.
Tawaran ‘Berkat Tujuh Bintang’ (Seven-Star Blessings) itu bermula dari sekarang sehingga 5 Februari dengan harga pembelian bermula dari hanya RM3.91 per hari bagi mana-mana kerusi urut OGAWA terpilih.
OGAWA dalam satu kenyataan berkata, sempena CNY 2023, pihaknya ingin memberi peringatan mengenai perkara yang paling penting.
“Apabila hidup menjadi sukar, apabila anda rasa anda tidak boleh meneruskannya – sentiasa ingat bahawa cinta akan membantu anda.
“Tidak kira betapa sukarnya, keluarga anda akan sentiasa ada untuk anda dan selagi mereka gembira dan sihat, semuanya akan baik-baik saja pada akhirnya,” katanya.
Menurut OGAWA, ‘Berkat Tujuh Bintang’ yang ditawarkan kepada pengguna adalah pertama ‘Bintang Kegembiraan’ yang menawarkan pelan ansuran kosong peratus sehingga 68 bulan.
Kedua, ‘Bintang kesihatan’ yang memberi lima tahun waranti, ketiga ‘Bintang Keamanan’ yang menawarkan penghantaran percuma dan keempat, ‘Bintang Kenikmatan’ di mana pelanggan akan menerima set pelancongan premium All Tech-ed Up bernilai RM 999 secara percuma.
Hadiah kelima pula merupakan ‘Bintang Rezeki’ yang menawarkan hadiah premium percuma bernilai sehingga RM5,700, keenam pula ‘Bintang Kemakmuran’ percuma Angpow premium OGAWA.
Hadiah terakhir adalah ‘Bintang Tuah’ melibatkan penjimatan sehingga RM10,000 kepada pelanggan sempena Tahun Baharu Cina 2023.
“Inilah masanya untuk menunjukkan keikhlasan hati anda dengan menghantar hadiah antara satu sama lain, sama ada ibu bapa anda, keluarga atau seseorang yang anda hormati.
“Hadiah anda bukan hanya menjamu selera sahaja tetapi ia haruslah menjadi hadiah yang menjadikan kehidupan seseorang lebih baik dan sihat dalam setiap cara,” katanya.

OGAWA turut menyeru semua pelanggannya agar tidak lupa untuk melihat hamper hadiah ‘HUAT HUAT Bundles of Blessings OGAWA’, yang direka untuk membawa kualiti hidup yang lebih baik.
“Lawati cawangan OGAWA berhampiran anda dengan segera untuk maklumat lanjut.
“OGAWA mengucapkan anda dan keluarga anda ketenangan, kesihatan dan kemakmuran sempena Tahun Baharu Cina tahun ini, Semoga tahun arnab memberi anda semua yang anda inginkan,” katanya. – UTUSAN