fbpx

Nynaa Harizal menunggu hari

SUKAR untuk Cik Bunga melupakan wajah pelakon yang seorang ini. Sudah lama Cik Bunga kenal, sejak dia menyertai program Gadis Panca 2017.

Tetapi, disebabkan sudah lama tidak nampak kelibatnya muncul di skrin televisyen, tertanya-tanya juga, ke mana perginya Nynaa?

Tak nak berlakon lagikah? Kali terakhir, namanya menjadi bualan apabila Nynaa terpalit dengan kontroversi yang menggemparkan industri hiburan, sedikit masa lalu.

Tak perlulah Cik Bunga sebut lagi, kalau lupa boleh sahaja google sendiri. Nak dijadikan cerita, Cik Bunga terserempak dengan Nynaa ketika menghadiri sebuah majlis hiburan, baru-baru ini. 

Ketika bertegur sapa, baru Cik Bunga perasan, rupa-rupanya Nynaa sedang berbadan dua. 

Punya lama tidak bertemu, apabila dirisik usia kehamilannya sudah mencecah hampir sembilan bulan. 

Wah!!! Patutlah Nynaa nampak berseri lain macam. Seri seorang ibu rupanya. Cik Bunga ada juga bertanya pada Nynaa, apakah dia sudi untuk ditemu bual. Nynaa bagaimanapun, malu-malu menolak, mungkin belum bersedia. 

Cik Bunga hormati kehendaknya itu. Lagipun Cik Bunga faham, mungkin masa tidak sesuai, tambahan pula terserempak ketika majlis keramaian begitu. 

Sempat juga dia katakan pada Cik Bunga, nanti bila sudah bersalin, dia akan umumkan semua, termasuk jantina anaknya. Apapun, tahniah Cik Bunga ucapkan kepada Nynaa dan suami. 

Semoga dengan kelahiran anak sulung ini menjadi pengikat yang menguatkan lagi kasih sayang antara mereka. Nampak Nynaa pun semakin bahagia kini, Ahamdulillah… Suka Cik Bunga tengok.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN