Noor Suhana Ishak dan Farhan Iqbal dipanggil polis bantu siasatan

Setiausaha Akhbar Menteri Ekonomi, Pembantu Ahli Parlimen Bentong dipanggil polis

AZMI ABU KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembantu Ahli Parlimen Bentong, Noor Suhana Ishak dan Setiausaha Akhbar Menteri Ekonomi, Farhan Iqbal dipanggil polis bagi membantu siasatan berkaitan hantaran di media sosial Twitter yang mendakwa Pemuda UMNO mengganggu ceramah Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Noor Suhana berkata, mereka masing-masing dipanggil untuk dirakam keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan IPD Putrajaya, hari ini.

“Saya menerima panggilan daripada pegawai penyiasat untuk dirakam keterangan di IPD Sentul pukul 2 petang, esok (hari ini).

“Farhan pula (dirakam keterangan) di IPD Putrajaya jam 10 pagi, hari sama,” katanya melalui Twitter hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kes itu disiasat oleh IPD Muar, Johor.

“Pegawai penyiasat sudah membuat temu janji dengan kedua-dua individu itu untuk merakam keterangan mereka.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 17 Oktober tahun lalu, media melaporkan ceramah MUDA dicemari insiden provokasi sekumpulan lelaki berbaju hitam dalam kejadian di Muar, Johor.

Dua klip video tular masing-masing berdurasi satu minit 31 saat dan 45 saat memperlihatkan sekumpulan lelaki bermotosikal yang mengganggu ceramah MUDA.

Bagaimanapun, keadaan terkawal dengan kehadiran anggota polis.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaafkan sekumpulan anak muda yang cuba menimbulkan provokasi semasa ceramahnya itu.

Dalam satu hantaran di Facebook, Syed Saddiq menyatakan bahawa kumpulan itu bukan musuhnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya