‘Nanti rumah kami pula ada dalam sungai’ - Utusan Malaysia

‘Nanti rumah kami pula ada dalam sungai’

ISHAK Nayan menunjukkan kesan tebing sungai Tandak Liang yang runtuh akibat hakisan di Kampung Tanjong Erat Lubok Stol Rantau Panjang, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Kira-kira 13 keluarga di Kampung Tanjong Erat, Lubok Stol di sini berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Tandak Liang sejak tiga tahun lalu.

Dakwa penduduk, hakisan itu makin ‘meruncing’ apabila rumah penduduk semakin hampir dengan tebing sungai berke­naan selain batu sempadan tanah sudah tenggelam ke dalam sungai.

Seorang penduduk, Ishak Nayan, 49, berkata, hakisan itu menyebabkan kawasan tanah miliknya sepanjang dua meter ‘ditelan’ hakisan berkenaan.

Menurutnya, hakisan dipercayai berpunca daripada arus deras air empangan Bukit Kwong yang dilepaskan setiap kali ia penuh.

“Keadaan menjadi lebih buruk apabila banjir yang melanda menyebabkan tebing sungai itu semakin terhakis.

“Kami bimbang sedikit masa lagi, nanti rumah kami pula ber­ada di dalam sungai,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Omar Ahmad, 69, memberitahu, kesan hakisan sungai itu dapat dilihat sepanjang satu kilometer.

Katanya, penduduk berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera dengan membina benteng batu.

“Setiap kali banjir, air su­ngai melimpah dan diburukkan de­ngan banjir terme­nung pula.

“Tahun lepas tiga kali banjir dan tiga kali jugalah tebing sungai ini berdepan hakisan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.