Muqharabbin letak jawatan Exco Pemuda UMNO 

Muqharabbin letak jawatan Exco Pemuda UMNO 

MUHAMAD MUQHARABBIN MOKHTARRUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin melepaskan jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, surat secara rasmi mengenai perkara itu akan diserahkan kepada pimpinan UMNO pada minggu ini. 

Tegasnya, tiada guna beliau sebagai anak muda terus berada di dalam parti UMNO kerana mendakwa parti itu dipimpin individu tidak bertanggungjawab. 

“UMNO kini sudah mati dengan demokrasi dan kepimpinan MKT (Majlis Kerja Tertinggi)  kini adalah para pemimpin yang paling penakut dalam sejarah UMNO. Saya akan serahkan surat rasmi peletakan jawatan dalam minggu ini.

“Tiada guna orang muda seperti saya dan lain-lain berjuang untuk perjuangan nenek moyang bangsa agama kami, tetapi dipimpin oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan. 

Muhamad Muqharabbin dalam masa yang sama turut mengucapkan teruma kasih kepada sahabat UMNO kerana bersamanya dalam perjuangan parti itu sejak 2018. 

“Kita tetap bersahabat selamanya dan menjaga ukhuwah sesama kita. Selamat maju jaya buat semua sahabat Ketua Ketua Pemuda UMNO seluruh negara,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.