MPK, kakitangan diarah bayar RM40,000 tebang pokok mempelam guru - Utusan Malaysia

MPK, kakitangan diarah bayar RM40,000 tebang pokok mempelam guru

NOOR Aizam Mohd. Nor bersama Mohd. Hazwan Hamidun (tengah) ketika hadir di Mahkamah Majistret Kemaman di Kemaman, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Gara-gara memotong pokok mempelam milik seorang guru wanita, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan seorang kakitangannya hari ini diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM40,000 selepas didapati bersalah menceroboh serta menebang pokok mempelam milik guru berkenaan, lima tahun lalu.

Hukuman terhadap kedua-dua defendan diputuskan Majistret Wan Suhaila Mohd selepas mendapati wujud pencerobohan yang dilakukan Unit Tindakan Khas (UTK) MPK di kawasan rumah guru berkenaan di Kampung Mak Chili Paya di sini pada 11 Mac 2018.

Mengikut fakta kes, kakitangan UTK MPK telah bertindak menebang pokok mempelam milik guru tersebut selepas diarahkan kakitangan MPK, Kamsiah Mohd. yang juga merupakan jiran guru berkenaan.

Ketika kejadian, guru tersebut, Noor Aizam Mohd. Nor dan suaminya keluar bekerja.

Kakitangan UTK itu didakwa menceroboh kawasan rumah guru tersebut menggunakan ‘skylift’ dan kren milik MPK serta bertindak menebang pokok mempelam milik plaintif yang berada di dalam kawasan pagar rumah wanita itu.

Mahkamah mendapati defendan kedua iaitu Kamsiah, bersalah kerana memberikan arahan penebangan pokok yang salah kepada unit UTK tersebut.

Selain itu, MPK turut bertanggungjawab kerana pencerobohan dilakukan oleh unit UTK di bawah MPK dengan tiada pemantauan oleh penyelia serta tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi penebangan pokok di kawasan persendirian.

Plaintif diwakili peguam Mohd. Hazwan Hamidun manakala defendan pula diwakili peguam daripada Tetuan Ros Mawarti & Haslinda serta Tetuan YN Anuwar & co. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya