Michelle Yeoh menang Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Golden Globe

Michelle Yeoh menang Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Golden Globe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pelakon, Tan Sri Michelle Yeoh mencipta sejarah apabila menjadi pelakon Malaysia pertama dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem (Muzikal/Komedi), Anugerah Golden Globe ke-80.

Yeoh yang dicalonkan menerusi filem Everything Everywhere All at Once mengetepikan calon lain termasuk Lesley Manville, Margot Robbie, Anya Taylor-Joy dan Emma Thompson.

Pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu dalam ucapannya menyifatkan kemenangan tersebut sebagai mimpi yang menjadi kenyataan.

“Saya menempuh perjalanan dan cabaran yang cukup hebat untuk sampai ke tahap ini. Segala-galanya berbaloi.

“Saya masih ingat hari pertama menjejakkan kaki di Hollywood, ia umpama mimpi menjadi kenyataan. Sehinggalah saya berada di sini dan dilihat sebagai kelompok minoriti. Saya katakan pada diri, semua ini tidak mustahil.

“Masa berlalu, usia saya bertambah kepada 60, tahun lalu. Saya yakin semua wanita memahami perkara ini. Peluang menjadi semakin sempit seiring pertambahan usia, hari dan tahun,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon yang turut berganding dengannya dalam filem tersebut, Ke Huy Quan tidak pulang dengan tangan kosong apabila diumumkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem.

Dalam pada itu, anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem menjadi milik Colin Farrell menerusi The Banshees of Inisherin, manakala Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem dirangkul Angela Bassett menerusi Black Panther: Wakanda Forever.

Pengarah Terbaik pula dimenangi Steven Spielberg menerusi The Fabelmans.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya