Mengapa UMNO pilih kerajaan perpaduan - Tok Mat - Utusan Malaysia

Mengapa UMNO pilih kerajaan perpaduan – Tok Mat

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Misi UMNO membawa keluar Malaysia daripada kemelut politik tidak kesudahan pasca Pilihan Raya Umum (PRU) merupakan faktor parti itu bersama parti lain termasuk Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO harus melakukan tugas patriotiknya untuk negara ini dengan memastikan kerajaan dapat dibentuk dengan bantuan parti itu walaupun tewas dan hanya menang 26 kerusi Parlimen.

Justeru katanya, UMNO menyertai kerajaan perpaduan yang diusulkan Yang di-Pertuan Agong dan tiada isu dalam kerjasama UMNO dengan DAP dan PKR serta Amanah.

“Saya faham bahawa, ramai yang mempersoalkan, mengapa kita memilih, untuk bekerjasama dengan PH. Pokoknya, UMNO tidak menyertai PH, ataupun membelakangkan Perikatan Nasional (PN). Kita memilih, mengutamakan Malaysia.

“Apalagi bila PN telah sedari awal lagi, tidak mahu bekerjasama dalam pembentukan kerajaan perpaduan, maka UMNO berada dalam kedudukan strategik untuk memainkan peranan yang lebih penting, dalam pembentukan kerajaan perpaduan,” katanya dalam ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Wanita, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad; Ketua Pemuda, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri, Datuk Zahida Zarik Khan.

Turut hadir, Naib-Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya