Melaka hapuskan 1,287 babi hutan sejak 2021

Melaka hapuskan 1,287 babi hutan sejak 2021

MOHD. ALI Mohd. Rustam (dua dari kanan) membelanja sayur segar kepada pengunjung Melaka Agro Market diiringi Abdul Razak Abdul Rahman di Bukit Katil, Melaka - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri melalui agensi berkaitan seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah menghapuskan sebanyak 1,287 ekor babi hutan sejak 2021 sehingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, daerah Alor Gajah mencatatkan angka paling tinggi membabitkan 543 ekor diikuti Melaka Tengah (515 ekor) dan Jasin (229 ekor).

Beliau berkata, kerajaan negeri mengakui bahawa populasi babi hutan yang kian meningkat telah menjadi ancaman terhadap penduduk.

Jelasnya, usaha menghapuskan haiwan liar itu menerusi operasi besar-besaran telah dilakukan sejak dua tahun lalu.

“Tindakan seperti operasi dan pelbagai kaedah telah digunakan susulan ancaman babi hutan yang dilihat semakin mengganas dengan merosakkan tanaman, selain boleh mengancam keselamatan orang ramai.

“Operasi memusnahkan haiwan perosak ini sudah dilaksanakan di banyak lokasi, malah saya turut menerima banyak aduan mengenai kehadiran babi hutan berkenaan khususnya di luar bandar,” katanya dalam sidang akhbar selepas Jelajah Mesra Melaka Agro Market di Bukit Katil di sini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Dalam pada itu, berhubung kenyataan mengenai Demam Babi Afrika yang tular baru-baru ini, Abdul Razak berkata, setakat ini tiada sebarang kes sedemikian membabitkan ladang ternakan babi di Melaka.

“Di Melaka yang menjadi ancaman serius adalah babi hutan, bukan babi ternakan. Melaka bebas dari wabak melibatkan babi ternakan, di mana ladang ternakan babi di Paya Mengkuang sudah tidak ada lagi, kesemua babi di situ sudah tiada,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.