Mayat wanita ditemukan terlentang di kawasan semak - Utusan Malaysia

Mayat wanita ditemukan terlentang di kawasan semak

MOHD. ZAIN MAT DRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Mayat seorang wanita ditemukan terlentang di kawasan semak tepi jalan di Kampung Alor Gali, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, mayat wanita dianggarkan berusia antara 20 hingga 30-an itu ditemukan seorang pencari daun palas pada pukul 2.30 petang.

Menurut beliau, mangsa dijumpai dalam keadaan memakai sehelai seluar panjang warna hitam, baju lengan panjang warna merah jambu dan sehelai kain dipercayai tudung warna hitam yang berada di bahagian perut.

“Ketika ditemukan, bahagian badan mangsa terlentang di dalam kawasan semak, manakala bahagian kaki berada di tepi tebing dan tiada tompokan darah ditemukan di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan pada badan mayat oleh pasukan forensik juga mendapati tiada sebarang kesan tikaman, tetakan atau kelar. Barang kemas mangsa seperti cincin dan rantai leher dipercayai emas masih berada di leher serta tangan mayat.

“Tiada sebarang bukti fizikal yang ditemukan berhampiran tempat mayat dijumpai yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau memberitahu, buat masa ini tiada petunjuk bagi mengesahkan sama ada mangsa telah dibunuh dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

Katanya lagi, mayat mangsa masih belum dikenalpasti kerana tiada sebarang pengenalan diri yang dijumpai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya