Mangsa banjir tertekan harga ayam, sayur mahal

Mangsa banjir tertekan harga ayam, sayur mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Mangsa banjir di negeri ini yang masih dalam proses menjalani kehidupan semula pasca banjir tertekan dengan kenaikan harga ayam dan sayur-sayuran di pasaran.

Seorang mangsa banjir, Wan Shukri Wan Omar, 49, mendakwa, harga ayam yang mencecah RM11 semalam, menambah beban ketua isi rumah yang terjejas dengan bencana banjir.

Katanya, selain ayam segar, harga pelbagai jenis sayur turut melambung seperti sawi, timun, daun sup dan lada.

“Bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Selepas banyak perkakas elektrik dan perabot rosak akibat banjir, harga bahan mentah pula naik membuatkan saya semakin tertekan.

“Sedangkan ketika ini kami perlu berjimat kerana banyak nak pakai duit untuk pembaikian rumah serta persekolahan anak-anak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, tinjauan di Pasar Batu Enam di sini semalam mendapati, pelbagai bahan mentah termasuk ayam segar mengalami peningkatan dua kali sejak minggu lalu.

Selain itu, harga sayur jenis timun (RM6.50), lada besar (RM12), daun sup (RM20) dan sawi (RM6.80) juga meningkat berbanding minggu lalu.

Seorang peniaga, Ahmad Sayuti Ghazali, 44, berkata, harga ayam segar mengalami kenaikan disebabkan banyak ladang ternakan di negeri ini dan Kelantan ditenggelami air.

Menurutnya, harga tersebut naik antara 60 sen sehingga 80 sen berbanding RM8.20 minggu lalu dengan purata bekalan diperolehnya tidak sampai 200 ekor sehari.

“Walaupun bekalan terganggu, sambutan orang ramai agak baik kerana ramai pengusaha kantin mengambil tempahan sebagai persiapan pembukaan sesi persekolahan tidak lama lagi.

“Cuma pengguna merungut harga ayam segar dan bahan mentah naik selepas mereka dilanda banjir yang teruk menyebabkan ramai terpaksa mengikat perut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya