Mangsa banjir Sabah meningkat 9,677 orang

Mangsa banjir Sabah meningkat 9,677 orang

Anggota bomba memindahkan mangsa banjir ke tempat selamat di Kampung Batition, Beluran, Sabah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 9,677 orang berbanding 6,394 mangsa sehingga petang semalam.

Setakat pukul 4 petang semalam, seramai 9,677 mangsa daripada 3,294 keluarga dipindahkan ke 33 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di lima daerah iaitu Kota Marudu, Paitan, Pitas, Telupid dan Tawau.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan mangsa paling ramai adalah di Kota Marudu dengan seramai 7,358 mangsa daripada 2,553 keluarga dipindahkan ke 12 PPS.

Daerah kedua terjejas teruk adalah Pitas dengan seramai 1,522 orang daripada 530 keluarga.

Mangsa yang paling ramai adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek, Kota Marudu dengan seramai 1,361 mangsa daripada 477 keluarga dipindahkan ke PPS berkenaan.

Sementara itu, seramai 664 mangsa daripada 182 keluarga dipindahkan di Paitan manakala, sebanyak 109 mangsa daripada 24 keluarga dipindahkan di Tawau.

Turut terjejas banjir adalah Telupid dengan seramai 24 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya