Malaysia serang habis-habisan

Malaysia serang habis-habisan

PEMAIN Malaysia turun dengan mentaliti menang apabila menentang Afrika Selatan dalam perlawanan penentuan tempat kesembilan hingga 16, Hoki Piala Dunia 2022 di India hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BHUBANESWAR: Malaysia sudah melupakan kekecewaan gagal ke suku akhir hoki Piala Dunia dan kembali mendapat ‘mood’ terbaik untuk membenam Afrika Selatan pada penentuan tempat kesembilan hingga 16 hari ini.

Selepas gagal menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik, misi Speedy Tigers kini adalah menutup kempen di tangga kesembilan, bukan 16.

Anak-anak buah A. Arul Selvaraj akan turun menyerang habis-habisan untuk membenam Afrika Selatan sebelum berdepan tuan rumah, India atau Jepun dalam perlawanan terakhir.

“Suasana di kem negara positif walaupun kecewa selepas kekalahan kepada Sepanyol. Saya percaya pemain mampu bangkit dan kembali fokus untuk menggalas tanggungjawab selepas ini.

“Arul dan barisan kejurulatihan lebih memfokuskan kepada (aspek) teknikal dan taktikal apabila berdepan Afrika Selatan,” kata pengurus pasukan, Datuk Mirnawan Nawawi.

Kejayaan membenam Afrika Selatan 7-2 dalam Piala Sultan Azlan Shah, tahun lalu meningkatkan keyakinan Speedy Tigers untuk menjinakkan pasukan No. 15 dunia itu sekali lagi.

Pemain juga sedar kemenangan hari ini, diikuti penentuan tempat kesembilan mampu membantu pasukan kebangsaan pulang dari India dalam kelompok 10 terbaik dunia.

“Saya akan cuba dapatkan pukulan sudut penalti, jaringkan gol atau cipta ­bantuan jaringan.

“Saya harap prestasi saya meningkat dalam perlawanan selepas ini kerana sasaran kami adalah menang. Malaysia akan turun menyerang,” kata pemain negara, Muhammad Najib Abu Hassan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya