Malaysia kutuk tindakan menteri Israel ceroboh laman Al-Aqsa

Malaysia kutuk tindakan menteri Israel ceroboh laman Al-Aqsa

ITAMAR Ben Gvar diiringi seorang rabi Yahudi menceroboh salah satu kawasan di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis. - GAMBAR IHSAN THE TIMES OF ISRAEL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadab seorang menteri rejim Israel menceroboh masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa semalam.

Wisma Putra menerusi kenyataan di sini berkata, perbuatan terkutuk tokoh tersebut adalah jelas satu bentuk provokasi jahat ke atas status-quo kawasan Baitulmaqdis sendiri.

“Justeru, Malaysia melaknat dengan tegas aksi tindakan pencerobohan kurang ajar oleh menteri berkenaan ke atas kedudukan kompleks masjid Al-Haram Al-Sharif,” katanya.

Semalam, Menteri Keselamatan Kebangsaan Israel, Itamar Ben Gvir berhaluan kanan melawat kawasan tersebut yang juga dirujuk masyarakat Yahudi sebagai Temple Mount.

Kunjungan beliau yang berhaluan kanan ke situ pukul 7 pagi selama 15 minit ketika tempoh dibenarkan bagi penganut berkenaan mencetuskan bantahan banyak negara Islam.

Malahan, bekas Perdana Menteri dan kini ketua pembangkang Parlimen Israel, Yair Lapid turut menyelar lawatan itu sebagai melampau serta menjana banyak keganasan balas.

Kedutaan Amerika Syarikat di negara haram itu serta Majlis Keselamatan Nasional White House sendiri memberi amaran tindakan beliau boleh menjejaskan proses keamanan.

Kerajaan Jordan yang merupakan penjaga wakaf Al-Aqsa juga membidas lawatan Ben Gvir itu dan memanggil duta Israel di Amman untuk menyerahkan nota protes diplomatik.

Mengulas lanjut, Wisma Putra menambah, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa menuntut rejim Zionis bagi segera menghentikan provokasi dan mengekalkan kestabilan.

“Malaysia turut sentiasa berdiri teguh bersolidariti dengan penduduk Palestin dan mengulangi pendirian bahawa status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam,” jelasnya.

Pada masa sama ujarnya, Malaysia menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan suci Palestin untuk mencapai kebebasan daripada pendudukan haram Israel.

Kerajaan negara ini juga tetap utuh dalam membela aspirasi usaha kemerdekaan Palestin sebagai negara berdaulat berdasarkan peta sempadan sebelum 1967 yang dipersetujui.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri rejim tersebut, Ariel Sharon pernah melawat kawasan itu pada 2000 lalu yang menyebabkan berlaku kebangkitan atau intifada buat kali kedua.

Masjid Al-Aqsa yang dikenali Haram al-Sharif, terletak di kota lama Baitulmaqdis, merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum beralih kepada Kaabah di Masjidil Haram, Mekah.

Ia mampu mengisi 5,000 jemaah manakala pekarangannya dapat memuatkan 400,000 orang dengan ditadbir terus oleh agensi wakaf Islam Jordan demi melindungi kesuciannya.

Tapak ini merupakan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah serta menjadi tumpuan pada 10 malam terakhir Ramadan.

Meskipun Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel, rakyat negara ini boleh ke situ bagi ziarah keagamaan menerusi kebenaran khas daripada pihak Jabatan Imigresen.

Setiap tahun, ribuan warga Malaysia sama ada penganut Islam dan Kristian memasuki Palestin dari Jordan untuk tujuan menziarahi pelbagai lokasi suci agama masing-masing.

Namun, pihak Israel berhak menolak kemasukan rakyat Malaysia melalui saringan ketat termasuk semakan media sosial jika ada hantaran yang didapati mengutuk rejim Zionis itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya