Malaysia dijangka alami Fenomena La Nina hingga Februari 

Malaysia dijangka alami Fenomena La Nina hingga Februari 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan fenomena La Nina yang sedang melanda negara ketika ini berterusan sehingga bulan depan.

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan, kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan kitaran atmosfera di kawasan tropika konsisten dengan keadaan El-Nino Southern Oscillation (ENSO) adalah La Nina.

“Semasa tempoh MTL dari 2022-2023, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer per jam. 

“Empat hingga enam episod luruan monsun juga dijangkakan berlaku dan menyebabkan ombak besar serta laut bergelora di Laut Cina Selatan,” katanya dalam satu kenyataan. 

Katanya, beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka berlaku terutama di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, barat Sarawak dan utara Sabah. 

“Bulan ini, kebanyakan negeri di Semenanjung dijangka menerima taburan hujan dengan paras purata 50 millimeter (mm) hingga 400mm.

“Di Sarawak pula, kebanyakan bahagian dijangka  menerima jumlah hujan pada paras purata di antara 250mm hingga 800mm,” katanya dalam satu kenyataan. 

Jelasnya, di Sabah dan Labuan turut dijangka menerima jumlah hujan pada paras purata iaitu dari 100mm hingga 300mm kecuali di Kudat dan Sandakan.

“Kudat dan Sandakan walau bagaimanapun diramal menerima hujan lebih banyak daripada kawasan di Sabah yang lain iaitu melebihi purata hujan di antara 450mm hingga 600mm,” jelasnya. 

Mengulas lanjut, keadaan ini disebabkan oleh negara yang berada dalam fasa Monsun Timur Laut (MTL) sejak November lalu dan dijangka berakhir pada Mac depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN