Malaysia cuma ada 1.4 juta pekerja asing

Malaysia cuma ada 1.4 juta pekerja asing

SAIFUDDIN Nasution Ismail bersama V Sivakumar dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pekerja asing di seluruh negara ketika ini sebenarnya masih rendah dengan seramai 1,459,196 orang direkodkan setakat 31 Disember tahun lalu.

Perkara berkenaan diakui Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dan memberi jaminan bahawa pihak kerajaan mengambil maklum rintihan majikan daripada pelbagai sektor.

“Kita sedar bukan sahaja dalam bidang perladangan, malahan banyak lagi industri yang terjejas dan berharap isu ini dapat ditangani dalam masa terdekat,” katanya selepas bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing, di sini hari ini.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) diberikan tugas penyelarasan tenaga dari 15 negara sumber selain memudah cara urusan berkaitan terutama kelulusan kuota mengikut sektor.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa kesemua pekerja asing di Malaysia memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dengan sektor perkilangan direkod paling tinggi.

“Setakat akhir tahun lalu, 538,148 orang bekerja dalam bidang ini diikuti sektor pembinaan seramai 315,932 orang dan perkhidmatan pula sekitar 221,621 orang,” tambah beliau.

Jumlah berkenaan turut merangkumi 316,446 orang pekerja asing baharu digajikan pada tahun lalu dengan warganegara paling ramai ialah dari Bangladesh, Indonesia dan Nepal.

Bagaimanapun ujarnya, sepanjang tahun lepas, kerajaan meluluskan 676,070 orang bagi mengisi kuota pekerja asing daripada keseluruhan permohonan iaitu 1,606,724 orang.

Daripada jumlah kelulusan itu, hanya 635,234 kuota telah dibayar levi manakala jumlah tersebut, bilangan yang memohon Visa Dengan Rujukan ialah 463,255 orang sahaja..

Justeru, mesyuarat berkenaan kata Sivakumar berharap angka selepas ini akan dapat dilonjak melepasi lebih 50 peratus daripada keseluruhan 1.6 juta permohonan tersebut.

Bahkan dalam nada optimis, beliau yakin apabila kesemua sektor berjaya memenuhi kuota pekerja asing ditetapkan kementeriannya, ia bakal memacu trend ekonomi negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.