Liputan 50 peratus 5G: Dari mana DNB dapat angka ini?

Liputan 50 peratus 5G: Dari mana DNB dapat angka ini?

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat yang bertanggungjawab memacu pembangunan infrastruktur generasi kelima (5G) di negara ini, Digital Nasional Berhad (DNB) digesa supaya menjelaskan kenyataannya bahawa rangkaian itu kini meliputi 50 peratus kawasan berpenduduk. 

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kementeriannya belum mengesahkan maklumat yang mendakwa bahawa rangkaian internet itu kini meliputi separuh daripada kawasan berpenduduk setakat akhir tahun lalu. 

“Saya fikir DNB mesti menjelaskan bagaimana mereka mencapai angka ini. 

“Selepas ini, saya tidak berfikir lagi DNB harus menerbitkan angka sebelum membuat pengesahan,” katanya di Twitter.

Fahmi berkata demikian mengulas ciapan penganalisis politik, Prof. Dr. James Chin yang memuat naik tangkap layar sebuah laporan melibatkan Ketua Pegawai Operasi DNB , Nasution Mohamed yang dilaporkan berkata, pelancaran rangkaian 5G di Malaysia mencapai hampir 50 peratus di kawasan berpenduduk pada akhir 2022. 

Ia sekali gus mengatasi sasaran awal sebanyak 40 peratus. 

Dalam ciapan James, meskipun telah membeli data internet 4G,  beliau tidak mendapat isyarat 4G di sebuah bandar di Kuching, sebaliknya kelajuannya seperti 3G atau kurang. 

“Media mesti berhenti mencetak berita palsu. Saya tidak dapat isyarat 4G, saya membeli kad data 4G dan kelajuannya seperti 3G atau kurang,” katanya. 

DNB dalam kenyataan baru-baru ini memaklumkan telah mencapai lebih 90 peratus liputan kawasan berpenduduk di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. 

Ini termasuk kira-kira 50 peratus di seluruh bandar dan pekan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Katanya, negeri lain pula kini dalam pelbagai peringkat kemajuan dan sedang memberi tumpuan mencapai sasaran seterusnya meliputi 80 peratus kawasan berpenduduk pada akhir 2024 atau lebih awal.

DNB dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya