Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan disiplin - Bung Moktar - Utusan Malaysia

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan disiplin – Bung Moktar

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah akan mengenakan tindakan disiplin terhadap lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang mengambil tindakan bertentangan dengan keputusan parti.

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor adalah keputusan parti maka, mana-mana ADUN BN-UMNO yang tidak menyokong tindakan itu dikenakan tindakan tegas.

“Walau kita sedar ada lima orang daripada ADUN BN-UMNO tidak menyokong tindakan kita tapi bagi kita doesn’t matter, keputusan parti muktamad.

“Kita akan mengambil apa juga langkah dan tindakan tegas termasuk tindakan disiplin kepada mana-mana ADUN BN yang khianat tidak sokong keputusan parti,” katanya dalam sidang akhbar malam ini.

Setakat ini, 13 daripada 18 ADUN BN-UMNO menyokong tindakan parti untuk menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sabah.

Tindakan menarik sokongan daripada Hajiji dilakukan susulan perjanjian persefahaman antara BN dan Perikatan Nasional (PN) Sabah telah terbatal selepas Hajiji melanggar perjanjian yang dimeterai selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020.

Menurut Bung Moktar, selepas Hajiji meletak jawatan sebagai Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah maka, beliau telah hilang keabsahan sebagai Ketua Menteri.

Sejak semalam timbul khabar angin, BN Sabah akan membentuk kerajaan bersama Parti Warisan (Warisan) bagi membentuk kerajaan baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya