Lelaki terlibat ah long diberkas polis

Lelaki terlibat ah long diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes gangguan ah long dan menyimbah cat merah rumah mangsa di Subang Jaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, penahanan itu dibuat susulan mesej melalui aplikasi WhatsApp diterima seorang wanita daripada anak perempuannya berhubung rumahnya disimbah cat merah oleh ah long pada 16 Disember lalu.

Katanya, wanita (pengadu) itu mengatakan bahawa bekas suaminya yang menghantar mesej itu kepada anak perempuannya.

“Pengadu turut memberitahu bahawa selain dirinya, kakak iparnya turut menerima mesej daripada ah long yang bertanyakan bekas suaminya itu.

“Pengadu mengesyaki bekas suaminya adalah individu yang bertanggungjawab meminjam wang daripada ah long sehingga menyebabkan gangguan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya menahan lelaki berusia 43 tahun di Jalan Sungai Long, Kajang pada pukul 1.50 pagi semalam.

Jelasnya, polis turut merampas telefon bimbit, baju sejuk, motosikal, sebotol semburan, 14 botol sirap ros dan peralatan lain yang digunakan dalam kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati suspek terbabit dalam enam kes di sekitar Subang Jaya dan Petaling Jaya.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Tambah beliau, suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya