Lelaki pukul ibu saudara ditahan polis  

Lelaki pukul ibu saudara ditahan polis  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki memukul ibunya saudaranya mengundang padah apabila dia diberkas dalam kejadian di sebuah perumahan di Jalan Maju Utama, Ampang dekat sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu,, suspek berusia 36 tahun dikatakan turut menumpahkan cat di hadapan rumah dan membuang botol minuman keras sehingga pecah di hadapan rumah mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, sebelum kejadian itu, berlaku perselisihan faham antara suspek dan bapa saudaranya berusia 50 tahun. 

Rentetan pergaduhan itu, suspek memukul ibu saudaranya yang turut berada dalam rumah berkenaan ketika kejadian.

Kata beliau, motif kejadian itu adalah disebabkan mangsa tidak berpuas hati terhadap anak saudaranya itu yang membuat sepah di kawasan hadapan rumahnya.

“Ekoran kejadian itu, suspek yang bekerja sebagai buruh binaan diberkas anggota  bahagian Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada hari sama.

“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau yang melibatkan kes jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, permohonan reman  dibenarkan selama empat hari bermula hari ini.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18A Akta Keganasan Rumah Tangga kerana sengaja menyebabkan kecederaan,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.