Lelaki dipercayai terlibat kes ragut ditahan polis - Utusan Malaysia

Lelaki dipercayai terlibat kes ragut ditahan polis

SUSPEK kes ragut beg tangan wanita di Lorong Selamat, George Town, Pulau Pinang kelmarin ditahan polis tengah malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian ragut beg tangan seorang wanita di Lorong Selamat, di sini kelmarin berjaya diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Simpang Ampang, Seberang Perai Selatan (SPS) dekat sini, pukul 12.15 tengah malam tadi.

Menurut beliau, hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methapethamine selain turut mempunyai lima rekod jenayah lampau.

“Siasatan awal juga mendapati suspek disyaki terlibat dengan dua kes ragut di kawasan George Town tahun ini.

“Suspek kini direman selama lima hari hingga 18 Januari ini untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial Facebook hari ini.

Kira-kira pukul 8 pagi semalam, video kejadian ragut itu dikesan tular selepas dimuat naik di laman Facebook ‘We are Malaysians’ dan polis turut mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut pukul 1.55 tengah hari.

Melalui rakaman kamera papan pemuka kereta milik suami mangsa, wanita itu dilihat diragut seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda berwarna hitam.

Lelaki tersebut menghampiri dan meragut beg tangan mangsa yang disangkut di atas bahu kanannya menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada tangan kanan selain turut mengalami kerugian kira-kira RM2,800.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun mendatangkan cedera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.