Lebih 400,000 calon duduki peperiksaan SPM bermula 30 Januari ini  - Utusan Malaysia

Lebih 400,000 calon duduki peperiksaan SPM bermula 30 Januari ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan dilaksanakan bermula 30 Januari ini mengikut jadual yang ditetapkan.

Peperiksaan tersebut merangkumi Ujian Amali Sains (Fizik) pada 30 Januari (93,490 calon); Ujian Amali Sains (Biologi) pada 31 Januari (74,642 calon); Ujian Amali Sains (Kimia) (94,672 calon) dan Ujian Amali Sains (Sains Tambahan) (1,675) pada 2 Februari.

Ujian Bertutur (Bahasa Melayu) pula diadakan pada 7 hingga 9 Februari melibatkan 397,854 calon dan Ujian Bertutur (Bahasa Inggeris) pada 13 hingga 15 Februari (397,057 calon).

Sementara itu, Ujian Mendengar (Bahasa Melayu) melibatkan 397,854 calon dan Ujian Mendengar (Bahasa Inggeris) melibatkan 397,057 calon akan diadakan pada 16 Februari manakala Peperiksaan Bertulis melibatkan 403,637 calon pada 20 Februari hingga 15 Mac ini.

“Kementerian mengingatkan semua calon supaya merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

“Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan. Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM 2022,” kata kenyataan itu.

Seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan itu dan 3,355 pusat peperiksaan disediakan di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya