Lawatan julung kali Anwar ke Singapura esok

Lawatan julung kali Anwar ke Singapura esok teroka pelbagai peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan lawatan rasmi buat julung kali ke Singapura esok bagi bertemu para pemimpin republik tersebut.

Menurut kenyataan Wisma Putra, kunjungan sulung beliau berkenaan setelah dilantik menyandang jawatan atas jemputan Perdana Menteri Singapura, Datuk Lee Hsien Loong.

“Turut serta dalam delegasi itu ialah isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd, Kadir dan beberapa menteri,” katanya.

Mereka terdiri daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tidak ketinggalan ialah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta para pegawai kerajaan dan agensi berkaitan.

Anwar tambah kenyataan itu, akan berjumpa Presiden Singapura, Dr. Halimah Yacob selain hadir menyaksikan majlis menandatangani beberapa memorandum persefahaman.

Ia melibatkan usaha mempromosikan kerjasama keselamatan data, keselamatan siber dan ekonomi digital serta dua kerangka kerjasama ekonomi digital dan ekonomi hijau.

“Perdana Menteri turut akan mengadakan sesi pertemuan khas dan beramah mesra dengan komuniti diaspora Malaysia menetap di seluruh Singapura,” kata Wisma Putra.

Lawatan ini mencerminkan hubungan akrab antara Malaysia dan Singapura sebagai jiran rapat serta negara anggota ASEAN termasuk jalinan erat rakyat dan hubungan ekonomi.

Program tersebut juga ujarnya, bakal memberikan peluang kedua-dua belah pihak untuk meneroka banyak peluang kerjasama di samping meningkatkan lagi hubungan dua hala.

Malahan Anwar jelas Wisma Putra, akan membincangkan beberapa isu serantau serta sejagat yang mempunyai kepentingan bersama dengan pemimpin republik berkenaan.

Singapura merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di peringkat global dan paling besar dalam kalangan 10 negara rantau Asia Tenggara sepanjang tahun lepas.

Kedua-dua negara merekodkan nilai perdagangan yang berjumlah RM367.53 bilion dengan peningkatan sebanyak hampir 30 peratus berbanding pada tahun sebelumnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.