Lantikan politik GLC Perak berdasarkan kelayakan - Utusan Malaysia

Lantikan politik GLC Perak berdasarkan kelayakan

SAARANI Mohamad (tengah) bersama murid yang menerima sumbangan pada Program Teduhan Kasih di Bangunan Seri Ridzuan di Ipoh hari ini. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pelantikan individu atas kuota politik di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau badan berkanun di Perak akan dibuat berdasarkan kelayakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, mereka yang dinamakan oleh parti-parti politik kerajaan untuk mengisi kekosongan jawatan di dalam GLC atau badan-badan berkanun negeri akan dilihat dari segi latar belakang sebelum dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.

Menurutnya, lantikan tersebut tidak akan bersandarkan kepada jawatan individu berkenaan di dalam parti politik semata-mata tetapi turut melihat kriteria lain.

“Kita tidak mahu diperlihatkan lantikan politik ini adalah melantik orang politik sahaja.

“Seperti di peringkat Persekutuan juga, orang yang dilantik ini adalah orang yang mempunyai kelayakan.

“Tidak semestinya orang politik tetapi orang itu adalah orang yang mewakili parti perlu ada kelayakan dan kemahiran dengan jawatan yang diberi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Pelancaran Program Teduhan Kasih Anak-Anak Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Menurut Saarani, seseorang yang dilantik tidak semestinya mempunyai jawatan yang tinggi dalam parti tetapi hendaklah mempunyai kelayakan sewajarnya.

“Sebagai contoh, jika seseorang itu mahu mengisi jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak (LAP), beliau hendaklah mempunyai kelayakan berkaitan seperti mempunyai pengalam dalam bidang kejuruteraan,” katanya.

Sementara itu, Saarani berkata, agensi teknikal negeri masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian tanah rebak di kampung Orang Asli Pos Dipang, Kampar baru-baru ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak bersama Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kampar) serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Siasatan bagi mengenal pasti sejauh mana keseriusan kejadian itu sama ada disebabkan oleh faktor taburan hujan lebat atau berlaku penggondolan tanah di kawasan terbabit,” katanya.

Dalam kejadian 12 Januari lalu, lima buah rumah di Pos Dipang terjejas apabila berlaku rebakan tanah di belakang rumah penduduk terlibat dan terdapat aliran air di kawasan rebakan.

Bagi tujuan keselamatan, bomba menasihati penduduk di situ untuk keluar dari kawasan rumah itu dan tinggal sementara di Dewan Pos Dipang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya