Lantik Nurul Izzah: Betul dari segi  undang-undang, salah dari segi moral - Hasan

Lantik Nurul Izzah: Betul dari segi  undang-undang, salah dari segi moral – Hassan

HASSAN ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anak sulungnya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan bukan sahaja dikritik pihak lawan, malah tidak dipersetujui seorang pemimpin yang merupakan penyokong tegarnya selama ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang sentiasa membela Anwar selama ini turut mengkritik tindakan Perdana Menteri itu secara terbuka.

“Maka jawapan saya ringkas sahaja dalam bahasa asing, iaitu legally right, but morally wrong (betul daripada segi  undang-undang, tetapi salah daripada segi moral),” katanya dalam hantaran terbaru dalam laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

Hassan yang juga bekas Pengerusi PH Johor mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai menjawab pertanyaan seorang penyokong PH yang meminta pandangannya tentang perkara berkenaan.

Baru-baru ini Anwar mengesahkan telah melantik Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Beliau mempertahan kelayakan anak sulungnya itu untuk menjadi penasihat tidak bergaji dalam soal ekonomi dan kewangan.

Menurutnya, selain memegang ijazah sarjana muda kejuruteraan, Nurul Izzah juga memiliki ijazah sarjana dalam bidang dasar awam daripada Johns Hopkins School of Advanced International Studies.

Tindakan Anwar yang semasa menjadi pembangkang lantang mengkritik amalan kronisme dan nepotisme kini dikritik hebat oleh seteru politiknya, khususnya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya