PETALING JAYA: Kerjaya perubatan di negara ini berdepan ketidakseimbangan antara jumlah graduan dengan doktor pelatih ekoran masalah lambakan lulusan selain bertambahnya pusat pengajian perubatan swasta yang dibenarkan beroperasi tanpa kawalan dan perancangan. Sejak 2009 hingga 2015, jumlah siswazah perubatan yang menamatkan pengajian di universiti dianggarkan 3,000 orang setahun tetapi meningkat kepada 5,000 hingga 6,000 orang setiap tahun sejak 2016 walaupun kerajaan hanya menyasarkan 4,000 lulusan setiap tahun. Kerajaan meletakkan nisbah sasaran seorang doktor bagi setiap 400 populasi penduduk menjelang 2025, namun ratio terkini Kementerian Kesihatan adalah 1:441 sekali gus sudah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya