Laluan Utama Kota Kinabalu-Sandakan terputus

Laluan Utama Kota Kinabalu-Sandakan terputus

LALUAN utama Kota Kinabalu-Sandakan terputus akibat hujan lebat semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Laluan utama Kota Kinabalu ke Sandakan di KM109.3 Ranau terputus akibat hujan lebat yang berlaku semalam.

Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau dalam satu kenyataan memaklumkan laluan itu ditutup serta-merta untuk semua kenderaan bermula malam tadi.

Hujan lebat yang berterusan mengakibatkan kegagalan pembentung dan jalan raya putus.

Justeru, JKR menasihatkan pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif di Jalan Sinarut Baru Togudon Baru, namun hanya untuk kenderaan kecil sahaja.

Semua pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Hujan lebat yang berlaku semalam mengakibatkan kejadian tanah runtuh dibeberapa kampung namun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd. Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku di beberapa buah kampung.

Kesemua mangsa terperangkap banjir di Kampung Lasing, Jalan Airport Lama, Kampung Kituntul Lama berjaya dikeluarkan dan dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Beberapa kampung terjejas banjir termasuk Kampung Tagudon Baru namun tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat semalam.

Pihak Bomba hanya memberi nasihat kepada penduduk sekitar supaya lebih berhati-hati dan berpindah ke kawasan selamat sekiranya keadaan banjir semakin teruk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.