KPM bertemu ibu bapa pelajar ditampar jurulatih - Utusan Malaysia

KPM bertemu ibu bapa pelajar ditampar jurulatih

Ditampar jurulatih menampar
FADHLINA Sidek (kiri) beramah mesra dengan pelajar SMK Jalan Kebun di Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi terhadap tindakan seorang jurulatih menampar dua pelajarnya baru-baru ini dan mengarah siasatan lanjut berhubung insiden tersebut.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, beliau tidak akan bertoleransi dengan keganasan serta isu-isu negatif membabitkan pelajar sekolah dan memaklumkan Bahagian Integriti dan Tatatertib KPM kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden terbabit.

“Kita belum buat apa-apa keputusan lagi (terhadap pelakunya) sebab kita tunggu laporan dari bahagian berkenaan (Bahagian Integriti) terlebih dahulu,” katanya ditemui ketika melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan beberapa wakil daripada KPM sudah pun bertemu ibu bapa pelajar terlibat dan memberikan bantuan kaunseling kepada pelajar berkenaan.

“Selain pertemuan, kami menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka juga turut telah memberikan nasihat kaunseling kepada dua pelajar ini.

“Kami amat prihatin dengan isu yang berlaku dan kini sedang mendapatkan maklum balas berhubung kejadian itu,” ujarnya.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan insiden seorang jurulatih pasukan bola tampar bawah 14 tahun Melaka menampar dua pemainnya.

Insiden tersebut mendapat perhatian pelbagai pihak dengan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) telah menggantung guru terbabit daripada terlibat dalam aktiviti bola tampar yang dikendalikan persatuan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.