Kereta terbakar, dua rentung kemalangan dengan lori di Kuala Krau

Kereta terbakar, dua rentung kemalangan dengan lori di Kuala Krau

ORANG ramai melihat api yang marak akibat pertembungan sebuah kereta dan lori dalam kemalangan jalan raya di Jalan Temerloh-Kuala Krau berdekatan Kampung Datuk Shariff Ahmad di Temerloh, Pahang. - IHSAN PENGGUNA JALAN RAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Dua mangsa rentung apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Temerloh-Kuala Krau berhampiran Kampung Datuk Shariff Ahmad, Kuala Krau di sini.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi ini, kedua-dua mangsa rentung selepas tersepit dalam kereta. Identiti kedua-dua mangsa belum dikenalpasti setakat ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Pahang), Ismail Abdul Ghani berkata, seramai 15 anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuala Krau dan dibantu BBP Temerloh bersama tiga buah jentera pemadam bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 10.48 pagi.

“Anggota bomba mengesahkan kejadian kebakaran sebuah kereta dan lori serta terdapat dua orang mangsa tersepit dan terbakar melibatkan kemusnahan kereta 100 peratus, manakala bahagian kepala lori berkenaan 80 peratus.

“Pasukan bomba dan penyelamat telah melakukan penugasan pemadaman dengan menggunakan air pam tangki jentera dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan berdekatan tempat kejadian tidak mampu berbuat apa-apa sebelum ketibaan anggota bomba kerana api marak begitu cepat berikutan pertembungan kereta dan lori tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya