Kerakusan Zahid ranapkan UMNO - penganalisis

Kerakusan Zahid ranapkan UMNO – penganalisis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: UMNO berada di ambang kehancuran dan parti ini akan mengalami kelumpuhan selepas keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memecat Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar dan menggantung beberapa ahli lain termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Kartini Aboo Talib berkata, kerakusan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah Malaysia sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO yang mana kehancuran itu datangnya dari dalam parti sendiri.

Beliau berkata, ada pihak berpandangan bahawa Ahmad Zahid mempunyai agenda tersembunyi untuk menggabungkan UMNO dan PKR sebagai satu parti demi mengembalikan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dan cara untuk perkahwinan ini berjaya ialah memecat atau menggantung ahli UMNO yang pada hemah Zahid akan menjadi duri dalam daging,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mesyuarat MKT semalam memutuskan memecat bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan bekas ahli Parlimen Rembau itu berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Selain itu, beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun termasuklah Hishammuddin; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd. Sharif dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Turut dipecat ialah lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO dari negeri Pahang yang Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU15.

Mengulas lanjut, Kartini berkata, ada juga pandangan yang mengandaikan pembersihan dalaman UMNO adalah untuk menghidupkan semula parti menjadi lebih kuat, ibarat burung pheonix yang harus mati dahulu sebelum dibangkitkan semula (resurrection).

Bagaimanapun, kata beliau, pandangn ini boleh dibahaskan secara moral.

“Apa pun motif Ahmad Zahid, tindakan beliau memecat KJ, Noh Omar, menggantung Hishammddin dan beberapa pemimpin lain tidak dihargai ahli UMNO dan orang Melayu.

“UMNO akan terus ditolak dan PRN negeri akan menentukan masa depan UMNO yang kelihatan hitam gelap di hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya