Keputusan PAU2022: Bimbang jejas keyakinan orang muda

Keputusan PAU2022 dibimbangi jejas keyakinan orang muda terhadap UMNO

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan UMNO tidak mempertanding dua jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan akan datang dibimbangi menghakis kepercayaan orang muda terhadap parti itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketetapan itu bertentangan dengan proses peremajaan parti yang mahu mengembalikan dan menarik sokongan orang muda dengan tidak mengamalkan demokrasi untuk melaksanakan pemilihan kedua-dua jawatan tersebut.

“Saya bimbang dari segi orang muda yang mahu kembali percaya kepada parti, kita bercakap soal demokrasi tapi ini (keputusan tidak mempertanding) bertentangan dengan idealisme mereka dan hak untuk bertanding.

“Saya takut ia menyebabkan mereka kurang keyakinan dan minta untuk kembali kepada UMNO, kita bercakap soal tarik orang muda tetapi tindakan ini menjauhkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang meluluskan usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti yang perlu diadakan selewat-lewatnya sebelum 19 Mei ini.

Ini setelah undian dibuat apabila perwakilan yang menyokong usul bangun dan jumlah itu melebihi perwakilan yang tidak menyokong usul berkenaan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menjelaskan, terdapat pelbagai pandangan mengatakan usul berkenaan tidak mengikut perlembagaan parti, sebaliknya ada satu pihak sebaliknya menjelaskan Perhimpunan Agung UMNO merupakan badan tertinggi membuat sebarang keputusan.

“Ada perwakilan mengatakan tiada pertandingan Presiden ketika era Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebaliknya pada itu tiada arahan agar jawatan itu tidak dipertandingkan kerana tiada orang melawan beliau,” jelasnya.

Bagaimanapun bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, terserah kepada Pendaftar Pertubuhan (Ros) untuk melihat ketetapan Perhimpunan Agung UMNO tersebut.

Ketika ditanya siapa pihak yang bertanggungjawab untuk membawa isu kepada ROS, beliau menjelaskan perkara itu terpulang kepada mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan dalam soal berkenaan.

Mengulas lanjut sama ada beliau mempertahan kedudukan sebagai Naib Presiden, Ismail Sabri memberitahu, beliau akan mengumumkan apabila tiba masa pemilihan berlangsung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya